Panitia Diniah SRIIB telah menganjurkan aktiviti selepas peperiksaan bertujuan untuk memperkukuh penguasaan ilmu serta meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Diniah.
Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah Kaabah Craftopia, yang memberi peluang kepada murid meneroka kreativiti dan menghasilkan karya berkaitan Kaabah. Seterusnya, aktiviti Islamic Pillar Puzzle menguji pengetahuan serta kefahaman murid tentang Rukun Islam melalui pendekatan pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan.
Selain itu, murajaah untuk Modul Hafazan turut dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada hafalan baharu dan pengulangan hafazan sebagai usaha memantapkan penguasaan murid dalam pengajian Al Quran.
Tahniah buat semua murid yang hadir!! 🤲
#PanitiaDiniah
#SekolahRendahIslamIntegrasiBangiku
=================================
📢 JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 dan juga murid baru Sesi 2027!!
📚 Kemasukan adalah TERHAD!!
📝 Sebarang pertanyaan lanjut: 👉 www.wasap.my/601156930240






