Pada 14/7/2025, Majlis Pelancaran Program Hayya Bil Arabiyyah 2025 telah diadakan dengan penuh semangat dan meriah di SRIIB yang mana ianya merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari serta menguasai Bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program - Ustaz Syed Abul Abbas, yang menekankan penguasaan Bahasa Arab amat penting bagi umat Islam bagi memahami isi kandungan wahyu secara lebih mendalam dan tepat. Bahasa Arab juga merupakan salah satu bahasa utama dunia yang mempunyai kepentingan besar dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam bidang agama, pendidikan, dan komunikasi antarabangsa
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar - Ustaz Hafiz Norddin, yang menyatakan harapan agar program ini menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid melalui pendekatan yang lebih interaktif dan seronok. Guru Besar juga berharap ianya dapat membina keyakinan pelajar dalam menggunakan Bahasa Arab dalam situasi seharian, selain memperkukuh aspek tatabahasa, kosa kata, dan sebutan yang betul.
Majlis menjadi lebih meriah dengan gimik perasmian sebagai menandakan bermulanya pelaksanaan rasmi Program Hayya Bil Arabiyyah 2025 serta sesi bergambar bersama warga SRIIB & kuiz interaktif berkaitan Bahasa Arab juga turut telah dijalankan seperti Kuiz Mufradat yang menekankan terhadap penggunaan perkataan merangkumi Kata Nama, Kata Kerja, Sifat.
Semoga dengan usaha ini dapat dapat meningkatkan minat Bahasa Arab dalam kalangan murid serta menyokong usaha membina masyarakat berilmu dalam kalangan murid-murid SRIIB.
https://www.facebook.com/sriibangiku/posts/pfbid08HazjdQsJwVaGZiThWFQk59kwUZwfWFVzUzEjJSM7oXvXhGzFwyycF3zqPuYvpgGl
https://www.facebook.com/sriibangiku/posts/pfbid08HazjdQsJwVaGZiThWFQk59kwUZwfWFVzUzEjJSM7oXvXhGzFwyycF3zqPuYvpgGl